Dikuasakan oleh Blogger.

Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia - Al-Fatihah

Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia


Dukacita dimaklumkan bahawa, penyampai sukan legenda tanah air, Dato Hasbullah Awang telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.


Kami mendapat maklumat dari rakan sekerja beliau melalui laman facebook beliau sebentar tadi yang berbunyi...

Al Fatihah...Mentor..cikgu dan umpama bapa saya Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia sebentar tadi..Allahuakbar.
Warga Sukan Star TV mengucapkan sekalung takziah kepada keluarga serta kenalan beliau.

Sukar mencari ganti bakat yang ada dalam diri beliau sebagai seorang pengulas terutama dalam sukan bola sepak.


Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.... 


KUALA LUMPUR : Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.


Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.


Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.


Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.


Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.


Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau.

Jenazah dijangka dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.


Related Post:

0 Komentar untuk "Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia - Al-Fatihah"

Back To Top